Rabu, 23 Mei 2018

Berkat Mahathir Mata Wang Negara Semakin Susut Nilai

SHARE
KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut nilai daripada keuntungan semalam dan dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan aktiviti pengambilan untung disebabkan kebimbangan mengenai kemungkinan Amerika Syarikat akan menaikkan kadar faedah, kata peniaga.

Pada jam 9.04 pagi, ringgit disebut harga pada 3.9710/9750 berbanding dolar daripada 3.9655/9685 pada penutupan semalam.

Peniaga berkata pelabur kini menunggu penyiaran minit mesyuarat Rizab Persekutuan AS baru-baru ini bagi mendapatkan petunjuk mengenai kenaikan kadar faedah AS.

Dalam negara, peniaga itu berkata nota tempatan terus dibelenggu risiko politik jangka terdekat serta ketidaktentuan mengenai dasar fiskal.

"Pasaran sangat memerlukan ketampakan fiskal yang jelas," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit lebih rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9648/9689 berbanding 2.9638/9664 pada hari Selasa dan merosot berbanding yen kepada 3.5826/5872 daripada 3.5754/5788 semalam.

Ia mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3335/3396 daripada 5.3423/3480 dan naik berbanding euro kepada 4.6782/6837 daripada 4.6884/6924 pada Selasa. --BERNAMA
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers