Wednesday, 16 May 2018

Bila Parlimen Mahu Bersidang?, Sibuk Pasal 1MDBkah?

SHARE
Pelik rasanya dengan apa yang berlaku dalam kerajaan baharu yang diketuai Mahathir setelah Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan.

Setiap hari kita dihidangkan dengan cerita 1MDB sedangkan kabinet kerajaan belum tersusun rapi malah parlimen juga belum bersidang.

Rakyat menunggu setiap detik janji manifesto sama ada segala janji yang dibuat akan ditunaikan atau akan menjadi manifesto bukan janji.

Apa yang disibukkan kini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa kerana kuasa yang ada membolehkan kerajaan bertindak termasuk siasat dan dakwa sesiapa sahaja disyaki menyelewengkan wang /harta dari 1MDB.

Sepatutnya kerajaan yang dipimpin Mahathir tidak kelihatan seolah-olah ada dendam kepada pemimpin kerajaan sebelum ini.

Bukannya rakyat mahu lihat Anwar Ibrahim yang dikotorkan pada era rejim sebelum Pak Lah perdana menteri telah disucikan walaupun pernah Mahathir kata hendak duduk dekat pun takut.

Apa yang rakyat mahu bukan disegerakan seorang penjawat awam ditukarkan ke syarikat swasta kerana itu boleh dilakukan kemudian setelah semua yang lebih penting selesai.

Rakyat mahu kerajaan yang belum rapi menyusun atur apa yang patut diutamakan dalam pentadbiran agar segala kelemahan kerajaan dahulu dapat diatasi dengan segera sekiranya ada.

Rakyat mahu berkata-kata dalam konteks sewajarnya bukan berbaur kejanggalan sehingga sukar seperti wau putus tali.

Harga minyak petrol yang dijanjikan akan dijual dengan harga RM1.50 sen juga belum boleh dirasai, manakala tol yang kononya akan dimansuhkan secara berperingkat juga belum kedengaran hujung pangkalnya.

Subsidi kepada barang-barang keperluan juga belum kedengaran sama ada dalam rancangan atau tidak.

Sekiranya mahu memperbetulkan apa yang tidak betul dari kerajaan dahulu sebelum semuanya betul dalam kerajaan hari ini, tidak mustahil rakyat akan kata, tak betul lawan tak betul, siapa yang betul?.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers