Sunday, 13 May 2018

BR1M Tiada Atau Ada? Atau 'Padan Muka'

SHARE
JIKA mengikut logik Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sudah hilang hanya tinggal kenangan manis kepada seluruh penerima.

Dasarnya boleh dilihat apabila GST dihapuskan oleh kerajaan pimpinan Mahathir sedangkan GST penyumbang besar kepada bantuan yang dituduh rasuah kepada rakyat.

BR1M ada atau tiada semuannya ditentukan kerajaan dipimpin Mahathir. Manakala pengundi yang memberi untung bergantung kepada nasib yang akan ditentukan kerajaan yang akan menentukan sama ada BR1M akan diteruskan.

Umumnya tahu untuk menghapuskan GST perlu mendapat sokongan ahli parlimen dan sudah tentu ia dapat dihapuskan memandangkan kerusi pembangkang lebih kecil, ertinya,' walaupun ada bantahan dari pembangkang penghapusan GST dapat dilaksanakan.

Adalah lebih baik BR1M di hapuskan dengan segera untuk mengelakan tuduhan rasuah kepada rakyat dan DEDAK sebagaimana tuduhan terhadap kerajaan sebelum ini.

Jika kerajaan hari ini teruskan juga bantuan BR1M atau seumpamanya ia terbukti apa yang dituduh kepada kerajaan sebelum ini adalah satu penipuan untuk menarik undi rakyat.

Bagi keluarga dan individu kelas layak menerima BR1M, bantuan itu amat bermakna kepada mereka untuk menikmati hari raya yang lebih ceria.

Hari Raya puasa tidak lama lagi akan disambut oleh umat Islam tidak kira apa fahaman politik, kerana tangan kamu bantuan itu tidak akan dirasai lagi.

Anak-anak yang membenci kerajaan pimpinan Najib harus tahu LEBIH tanggungjawab kepada ibu bapa yang masih menaggung adik-adik bersekolah. Mahu tidak mahu anda kena tanggung lebih sikit wang belanja untuk menyambut raya.

Angaka 1,017,403 adalah jumlah penerima BR1M di Selangor, tapi tak apa, kerana kamu berharap tiga bulan Bonus yang dijanjikan. Tetapi hanya bagi kaki tangan kerajaan negeri.

Mengakhiri artikel ini, penulis bertanya kepada pengundi? niat mahu "padan muka" Najib akhirnya kembali kepada siapa?
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers