Wednesday, 23 May 2018

Bukan Mudah Untuk Kelantan Perolehi Royaliti Minyak 20 Peratus

SHARE
Kerajaan PAS Kelantan sentiasa kometed tuntut royaliti minyak 20 peratus sebagaimana janji manifesto Pakatan Harapan.

Sebelum ini Kerajaan Kelantan juga kekal dengan tuntutan royaliti minyak lima peratus sebagaimana perjanjian yang telah ditandatanginya dengan Petronas pada 1975.

Kelantan dan Terengganu dinafikan royalti minyak ketika di bawah pentadbiran PAS, di era pentadbiran Mahathir.

Kerajaan Kelantan perlu ambil endah apabala pekara itu dipersetujui oleh persekutuan pastinya akan ada pengiraan baharu bagi royaliti bukan sahaja kepada Kelantan, malah Terengganu, Sabah dan Sarawak juga akan hadapi hal yang sama.

Pastinya kerajaan Kelantan akan menyusur tebing sukar untuk capai apa yang dituntut setelah janji di buat Pakatan Harapan, sedangkan janji manifesto adalah janji tidak bermodal besar dan tidak mustahil berubah kepada manifesto bukan janji.

Mengambil apa yang terjadi kepada Terengganu, Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail berkata kerajaan Terengganu tidak perlu mempolemikkan isu royalti minyak sehingga mengelirukan rakyat kerana Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan memikirkan kaedah sesuai agar manfaatnya diterima secara langsung oleh rakyat negeri itu.

Azan yang juga timbalan pengerusi Pakatan Harapan Terengganu berkata, kerajaan negeri tidak berhak menuntut royalti kerana ada halangan jelas dari sudut perundangan apabila kerajaan Terengganu sebelum ini di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) secara sukarela menarik balik tuntutan saman terhadap kerajaan persekutuan suatu ketika dahulu.(http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/19/pkr-kerajaan-pas-terengganu-tak-berhak-tuntut-royalti-minyak/)

Itu antara contoh awal yang dihadapi Terengganu sedangkan pekara yang dinyatakan Azan itu berlaku semasa pentadbiran Barisan Nasional. Sekiranya ikhlas mahu membantu Terengganu dengan royaliti 20 peratus hal itu tidak menjadi keberatan kerana Pakatan Harapan bukan lagi pembangkang malah merupakan pemerintah negara ini.

Ketika Terengganu di tadbir Barisan Nasional negeri itu menerima 'wang ehsan' . Kelantan pula tidak mendapat sebarang bentuk bayaran, manakala Sabah dan Sarawak menerima royaliti sebanyak 5 peratus.

Kebarangkalain Kelantan tidak akan dapat royaliti sebanyak 20 peratus, namun untuk memperolehi royaliti lebih kecil daripada itu mungkin akan dinikmati.

Pastinya akan berlaku pengiraan semula bagi memastikan Petronas tidak mudarat sehingga sukar dibaiki akibat 20 peratus royaliti keatas empat negeri.

Seperti dilaporkan Projekmm,  ( https://www.projekmm.com/s/1634091/mb-kelantan-kekal-tuntut-royalti-lima-peratus  ) bagi membicangkan pekara itu, kerajaan Kelantan akan mengutus surat kepada Kerajaan Persekutuan untuk mengadakan pertemuan dalam masa terdekat.

Dari sudut pandangan, sekiranya PAS bersetuju adakan kerjasama dengan Pakatan Harapan ia tidak mustahil akan memperolehi 20 peratus royaliti minyak. Kerajaan Kelantan juga perlu ingat, adalah lebih mudah melepasi akar yang berbelit daripada usaha melepasi belitan ular.
-Suara Biru

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers