Tuesday, 22 May 2018

Ditahan di hospital, Jamal disiasat bawah Akta Senjata Api

SHARE
PETALING JAYA, 22 Mei — Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos ditahan bawah Akta Senjata Api kira-kira 1.15 petang tadi.

Ketua polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pemimpin itu ditahan di Hospital Ampang Puteri, Selangor, lapor Free Malaysia Today.

“Tangkapan dilakukan bersabit satu kes yang disiasat bawah Seksyen 34 Akta Senjata Api 1960 yang dilaporkan pada 12 Mei 2018," katanya.

Mazlan berkata polis juga akan menyiasat Jamal dalam beberapa kes termasuk dua waran tangkap selepas beliau menjalani rawatan itu.
https://www.projekmm.com/s/1633709/ditahan-di-hospital-jamal-disiasat-bawah-akta-senjata-api
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers