Thursday, 24 May 2018

Dua sahabat berpantang maut sebelum ajal

SHARE

PUTRAJAYA: Berpantang mati sebelum ajal, apabila dua sahabat ini terselamat walaupun PERODUA Viva yang mereka naiki sudah putus dua dalam kemalangan di Kilometer 2.7 Persiaran Timur menghala ke Presint 14 di sini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, dalam kejadian jam 3.20 petang itu, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai terbabas sebelum melanggar tiang papan tanda mengakibatkan kedua-duanya tercampak keluar dan kenderaan itu terputus dua.

Katanya, siasatan awal mendapati pemandu, Muhammad Haziq Jamaluddin dan penumpang, Mohammad Hilmi Sujuri, masing masing berusia 20 tahun dari arah Presint 17.

"Pemandu dipercayai memandu kereta dengan kelajuan 110 kilometer di lorong paling kanan sebelum memotong kereta yang berada di hadapan.

"Dia dipercayai memotong kereta di hadapannya melalui laluan sebelah kiri untuk susur ke pusat beli-belah Alamanda sebelum hilang kawalan dan berpusing merempuh tiang papan tanda jalan.

"Kawasan kemalangan itu sedikit menurun bukit, dan ketika kejadian hujan renyai," katanya kepada NSTP ketika dihubungi di sini, hari ini.

Rosly berkata, kedua-dua mangsa kini dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanut.

"Pemandu kenderaan mengalami luka di leher, dada dan bengkak di rusuk kanan. Keadaannya ketika ini masih stabil. Manakala penumpang pula mengalami kecederaan di kepala, dada dan paru paru dan menerima rawatan kerana masih kritikal," katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers