Ahad, 27 Mei 2018

Ekonomi Negara Kukuh, Takkan Nikah 2 Minggu Dah Dapat Anak

SHARE
RAKYAT keliru dengan situasi ekonomi negara selepas ditadbir Pakatan Harapan (PH) yang mana sebelum mentadbir negara penyokong dan pemimpin parti dalam PH kerap mendakwa bahawa ekonomi dalam keadaan krisis serta negara berkemungkinan muflis.

Setelah memerintah ekonomi negara terus kukuh sedangkan kabinet dalam pentadbiran kerajaan belum tersusun rapi.
Secara tidak langsung ia juga memberi tahu rakyat segala apa yang dikatakan berkaitan ekonomi negara sebelum memerintah adalah satu penipuan semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

Takkan dalam masa dua minggu lebih ekonomi negara terus kukuh sedangkan PH baru memerintah dua minggu lebih.

Cicak mengkarong ayam itik apabila pengguna media sosial pro BN menuntut janji dalam tempoh 100 hari seperti terkandung dalam manifesto PH, mereka memberi jawapan, takkan baru berkahwin terus dapat anak. Namun apabila berkaitan ekonomi negara , belumpun kerajaan PH menambah satu sen ekonomi terus kukuh.

Mungkin kurang ajar jika dikatakan nikah dua minggu lebih, cicak mengkarong ayam itik PH dah dapat anak,' anak siapa tu?, anak subsidi ke?.

Khamis, 23 March 2017 Berita Harian melaporkan, asas ekonomi negara yang secara keseluruhan kukuh telah memberi Malaysia kekuatan untuk berhadapan cabaran dari dalam dan luar negara, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Guang Eng pula menegaskan ekonomi Malaysia kekal kukuh walaupun perlu penambahbaikan bagi keadaan fiskal semasa.

Segala dakwaan berkaitan ekonomi negara semasa kempen PRU14 semuanya pembohongan yang direka untuk memburukkan kerajaan sebelum ini.
Rakyat percaya dengan bukti pembohongan itu kerajaan PH akan mengalami kesukaran demi kesukaran untuk mengawal selia kerana kerajaan yang dibina atas dasar pembohongan akan cepat dimamah anai-anai.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

2 ulasan:

  1. Penjilat setia BN-Najib belum berhenti berjuang.

    Setia betul anda dengan BN, orang mcm anda ini patut dicontohi pembelot BN, pembelot bimbang kelaparan, anda terus berjuang untuk poket orang lain.poket anda pula bagaimana?. bodoh biar bertempat cerdik juga ada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tanpa nama,,,kesian saudara/saudari..ibu bapa bagi nama tak guna..

      Saya tidak seperti anda, walaupun wang segala-segalanya, segala-galanya juga bukan kerana wang.

      Padam

Google+ Followers