Wednesday, 23 May 2018

Gaji menteri dipotong 10%, Majlis Profesor Negara, JKKK, SPAD, JASA dimansuhkan

SHARE
Mesyuarat pertama Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan Malaysia telah memutuskan untuk memotong 10% gaji Menteri Kabinet, umum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Jamaah Menteri bersetuju untuk memotong gaji menteri sebanyak 10%,” kata Dr Mahathir dalam sidang media pertama selepas mesyuarat pertama Kabinet hari ini.

Turut juga dibuat keputusan dalam mesuarat ini adalah pemansuhan Majlis Profesor Negara (MPN) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), JASA dan juga Suruhanjaya Pengangkutan Awan Darat (SPAD).

Kerajaan juga tidak akan menaikkan harga petrol buat masa sekarang.

“Kerajaan bersedia untuk mengkaji balik bentuk lain untuk Majlis Profesor Negara ini,” kata Dr Mahathir di Perdana Putra hari ini.

Untuk JKKK pula, Dr Mahathir berkata badan ini telah menjadi seolah-olah satu kerajaan tambahan dan melangkaui peranan pegawai kerajaan yang telah ada.

Kerajaan, katanya, akan menggunakan pegawai kerajaan yang telah dilantik untuk menjalankan tugas mereka.

Untuk SPAD, tugas yang dilakukannya kini akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan.

Kabinet juga mengarahkan Menteri Kewangan untuk mengkaji cara-cara untuk mengurangkan hutang negara yang kini mencecah RM1 trilion.

Kabinet juga memutuskan untuk menamatkan kakitangan yang dilantik secara politik kerana mereka dilantik untuk kepentingan politik bukan untuk kepentingan negara.

Namun dalam proses untuk mengecilkan sais kerajaan, kerajaan akan memastikan golongan yang bergaji rendah tidak teraniaya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers