Khamis, 24 Mei 2018

Harga minyak jatuh sedikit, AS$79.65 setong

SHARE
SEOUL: Harga minyak mentah global jatuh hari ini, berikutan jangkaan bahawa ahli Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) meningkatkan pengeluaran susulan kebimbangan terhadap bekalan dari Venezuela dan Iran.

Penanda aras antarabangsa Brent turun 15 cent atau 0.19 peratus, kepada AS$79.65 setong pada 0103 GMT.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun 10 cent atau 0.14 peratus, kepada AS$71.74 setong.

OPEC mungkin memutuskan untuk meningkatkan pengeluaran minyak untuk mengatasi kekurangan bekalan daripada Iran dan Venezuela, menurut sumber industri minyak kepada Reuters.

Kebimbangan bekalan di Iran dan Venezuela berikutan sekatan baharu AS mendorong Brent dan WTI ke paras tertinggi, dengan Brent melepasi paras AS$80 minggu lalu untuk kali pertama sejak November 2014. - Reuters

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers