Monday, 28 May 2018

Harga minyak turun dengan jangkaan peningkatan bekalan

SHARE
SINGAPURA: Harga minyak turun hari ini berikutan tanda-tanda pengeluaran daripada tiga pengeluar utama minyak mentah, Russia, Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi, akan meningkat bagi memenuhi kebimbangan bekalan di tengah-tengah permintaan yang kukuh.

Dagangan hadapan Brent didagangkan pada AS$76.02 satu tong pada 0016 GMT, turun 42 cent, atau 0.55 peratus, daripada penutup sebelum ini.

West Texas Intermediate (WTI) pula didagangkan pada AS$67.36 satu tong, turun 52 cent, atau 0.8 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Brent dan WTI masing-masing susut sebanyak 5.5 peratus dan 7.5 peratus berbanding paras puncak di cecah pada Mei. - Reuters
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers