Ahad, 13 Mei 2018

Jangan Lidah Bercabang Bila Dihentam Tidak Tunai Janji

SHARE
Kerajaan yang diketuai Mahathir tidak akan menyekat atau mengambil tindakan terhadap-mana-mana laporan yang tidak tepat selagi ia tidak menganggu ketenteraman negara.

"Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak akan menyekat atau mengambil tindakan terhadap mana-mana laporan berita yang tidak tepat selagi ia tidak mengganggu ketenteraman negara."

Ini satu kebebasan yang dinanti-nanti oleh semua pengamal media di negara ini termasuklah pengguna medium media sosial yang begitu laris abad ini.

Sejauh mana kebenaran itu sama-sama ditunggu kerana manusia ramai yang lidah bercabang tidak kira pemimpin mahupun orang awam.

Kalau kena hentam, kena sinis apa bila rakyat tuntut janji manifesto yang tidak ditunaikan atau sebaliknya janganlah sekat portal, fb dan sewaktu dengannya. Jangan juga heret kemahkamah.

Jika berita benar disertai bukti video kelakuan buruk yang diviralkan jangan pula dianggap untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin kerajaan.

Sumber dari Berita Harian dengan tajuk "Laporan berita tidak disekat selagi tidak ganggu ketenteraman - PM" (https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/425137/laporan-berita-tidak-disekat-selagi-tidak-ganggu-ketenteraman-pm) "Perdana Menteri berkata, tindakan itu bagi membolehkan pengamal media tempatan mengetahui sendiri dengan lebih jelas mana satu berita palsu atau mana satu benar dalam laporan mereka.

"Dalam rejim sebelum ini, kita rasa sekatan. Ada akhbar pro itu, pro ini, tapi kita tidak akan sekat laporan mereka, janji ia membawa hasrat dalam laporan.

"Namun, usaha yang membawa ketegangan tidak akan diterima," katanya dalam sesi penerangan khas kepada RTM dan BERNAMA di kediaman beliau di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata, walaupun kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan menyokong kepada kebebasan akhbar namun, ia mempunyai hadnya.

"Jika mereka sengaja membuat laporan untuk menimbulkan huru hara atau ketegangan, kita akan hadapinya dengan undang-undang khas," tegas beliau. - BERNAMA"

Janji mesti dituntut ...
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers