Monday, 14 May 2018

Janji Pemuda PH Kurangkan Pekerja Asing Dituntut

SHARE
SEKARANG masanya rakyat yang bising berkaitan pekerja asing semasa Barisan Nasional memerintah boleh ambil perhatian dengan janji Pemuda Pakatan Harapan untuk mengurangkan jumlah daripada lebih enam juta kepada 2.5 juta dalam masa 5 tahun.

Jika janji tidak di laksanakan seperti kenyataan yang pernah disiarkan oleh portal Malaysian Insight https://www.themalaysianinsight.com/s/3009/ rakyat perlu bersuara setiap detik untuk peringatan kepada kerajaan Pakatan Harapan.

ketika PH pembangkang Katua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata,kebanjiran pekerja asing dilihat sebagai isu kritikal memandangkan mereka dianggap mengancam peluang pekerjaan rakyat Malaysia.

"Ia bersamaan dengan peningkatan seramai 1.2 juta orang dalam tempoh dua tahun.
"Bagi jumlah tidak berdaftar pula dijangkakan telah hampir kepada lapan juta orang melebihi warga Malaysia berketurunan Cina," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya. (Disiarkan Malaysian Insight pada 12 May 2017 bersamaan pukul 8:34PM ).

Diharap PH tidak memberi ulasan panjang lebar berkaitan pekerja asing nanti dikatakan ekor bergulumang taik.

PEMUDA Pakatan Harapan berjanji akan mengurangkan jumlah pekerja asing yang berjumlah lebih enam juta sekarang kepada 2.5 juta dalam tempoh lima tahun selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Armada Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kebanjiran pekerja asing dilihat sebagai isu kritikal memandangkan mereka dianggap mengancam peluang pekerjaan rakyat Malaysia.

Malah data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Negara mendapati yang jumlah warga asing yang berdaftar pada 2014 ialah 2.1 juta orang dan telah meningkat kepada 3.3 juta orang pada 2016.

"Ia bersamaan dengan peningkatan seramai 1.2 juta orang dalam tempoh dua tahun.


"Bagi jumlah tidak berdaftar pula dijangkakan telah hampir kepada lapan juta orang melebihi warga Malaysia berketurunan Cina," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini.

Beliau berkata pendedahan itu amat mengejutkan dan dipandang serius oleh pemuda PH yang menjadikan isu tersebut antara garis manifesto mereka sempena Hari Belia Malaysia 2017.

Selain itu pemuda PH juga menggariskan masalah pengganguran dan ketidaksetaraan pekerjaan anak muda dalam manifesto mereka.

Sementara pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud yakin dengan manifesto pemuda PH yang disifatkan sangat realistik.

Ini katanya Pulau Pinang sudah melaksanakan usaha tersebut dengan menawarkan kerja 3D - 'Sukar, Kotor, Bahaya' kepada rakyatnya dengan menawarkan gaji setimpal.

Mendedahkan rekod Majlis Perbandaran Seberang Perai MPSP pada 2016, sebanyak 2437 pekerjaan ditawarkan dan terdapat lebih 25,000 permohonan.

"Ia membuktikan kata- kata yang rakyat Malaysia tidak mahu melakukan kerja 3D adalah tidak benar.

"Kerana Pulau Pinang sudah melakukan perkara tersebut dan kita berjaya.

"Kalau di Pulau Pinang kita berjaya tidak mustahil kita boleh melaksanakan apabila PH mengambil alih Putrajaya."

Turut hadir ialah Setiausaha Antarabangsa Majlis Eksekutif Pemuda Sosialis DAP (DAPSY), Howard Lee; Naib Pengerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK), J Sangeetha dan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara, Muhammad Faiz Fadzil. – 12 Mei, 2017.(Malaysian Insight)

Ini masanya kita menuntut janji agar mereka juga terasa pedas apabila diserang, dihentam, di hina dek kerana tidak melunaskan janji yang dibuat.


"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers