Sabtu, 5 Mei 2018

Jumaeah Mendengar Denyut Nadi Masyarakat Sejak Lima Tahun Lalu

SHARE
Shah Alam 4 April 2018-Hanya tinggal empat hari lagi penentu parti manakah akan membentuk kerajaan dibumi 1Malaysia ini. Malam tadi penulis sempat mengikuti perkembangan calon BN Kota Anggerik Shah Alam, Jumaeah Masdi yang mesra dengan panggilan Kak Jue ke beberapa tempat sehingga selesai.

Dalam ucapan ringkas dihadapan penyokong Barisan Nasional, Jumaeah merayu agar memberi peluang kepada beliau untuk menerajui DUN Kota Anggerik.
Dengan pengalaman selama 23 tahu sebagai Pegawai Perancang Bandar beliau bercita-bercita memperbanyakkan kemudahan awan di sekitar DUN Kota Anggerik sekiranya menang pada PRU14 ini


Sejak dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Shah Alam beliau mendengar denyut nadi masyarakat sejak lima tahun lalu.
Jumaeah Masdi, mahu memanfaatkan pengalaman selama 23 tahun dalam bidang perancangan bandar untuk memperhebatkan kawasan Kota Anggerik dan bandar raya Shah Alam.
Beliau juga bercita-cita mahu mengembalikan dasar 20 peratus bagi rumah kos rendah dalam projek perumahan seperti yang diperkenalkan BN ketika mentadbir Selangor.
Jumaeah juga akan mencadangkan pembinaan sebuah tempat parkir di Pasar Moden Seksyen 6 di sini.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers