Thursday, 24 May 2018

Kerajaan Terengganu Teruskan Dana Raya Dengan Lebih Mudah

SHARE



KUALA TERENGGANU: Rakyat Terengganu tidak perlu risau dengan pentadbiran kerajaan baharu dibawah kepimpinan PAS, kerana pemberian ‘dana raya’ tetap diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Dana Raya Aidilfitri 2018 yang dilaksanakan sebelum ini diteruskan dengan lebih mudah kepada rakyat Terengganu.

“Kerajaan negeri bersetuju meneruskan program Dana Raya buat rakyat Terengganu. Sekarang pendaftaran melalui online dibuka semula bermula 24 hingga 30 Mei ini.

“Kita buka semula selama satu minggu bagi mereka yang tercicir nama atau yang tidak mendapat peluang mendaftar sebelum ini.

“Kepada mereka yang tidak boleh mendaftar secara online (Portal Rasmi Permohonan Online Dana Negeri Terengganu) atau iDANATTB, dia boleh pergi ke Pusat Bestari.Com milik kerajaan negeri atau Pusat Khidmat Pejabat Adun masing-masing di 32 Dun (Dewan Undangan Negeri) untuk dia daftarkan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang medianya mewakili Menteri Besar Terengganu selepas Mesyuarat Exco kerajaan Negeri Terengganu, di U2 Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan baharu PAS Terengganu masih menggunapakai segala peraturan dan syarat seperti sebelum ini.

Namun, kata Ustaz Satiful Bahri, syarat permohonan itu lebih dipermudahkan lagi bagi rakyat negeri ini.

“Kita masih menggunakan mekanisma yang sama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan (Barisan Nasional) lalu. Syarat dan alamat yang sama dan bagi yang telah memohon tidak perlu buat permohonan baharu.

“Permohonan baharu pula tidak perlu kepada cop atau tandatangan ATRA (Agensi Transformasi Rakyat Terengganu) atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) atau YB (Yang Berhormat) itu tidak perlu, daftar terus sahaja.

“Kita (kerajaan) akan cuba agihkan (dana raya ) itu sebelum raya Aidilfitri ini, Insya’Alllah,” ujarnya.

Pemohon dana raya itu di bawah kategori, ibu tunggal atau bapa tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), warga emas dan orang miskin yang cukup syarat layak memohonnya.


https://buletinonline.net/v7/index.php/dana-raya-dengan-lebih-mudah/

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers