Thursday, 24 May 2018

Kuetiau daun simpok tiada daun ketum

SHARE
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Perniagaan Kuetiau Daun Simpok merosot berikutan masakan itu didakwa menggunakan daun ketum.

Masalah itu menyebabkan peniaga Malek Danish Aiman, 18, terpaksa bersemuka dengan individu yang menyebar hal berkenaan, lapor Harian Metro.

Beliau kemudian dimaklumkan lelaki tersebut mahu mempromosi masakannya tetapi dia menggunakan ayatnya yang mengelirukan.

Malek, generasi ketiga perniagaan tersebut, berkata ayat tersebut mengakibatkan orang ramai salah faham dan menyangka masakannya menggunakan daun ketum.

“[...] dia baru menjalani rawatan penyakitnya dan mungkin pening itu kesan daripada rawatan yang dijalaninya sebelum itu bukan kerana makan kuetiau kami,” katanya.

“Selepas mendengar penerangannya, kami sekeluarga menerima maaf lelaki itu kerana niatnya baik cuma caranya sahaja tidak betul dan ia sudah selesai dengan cara baik”.

Kuetiau jualan Malek dijual di Bazar Ramadan depan Institut Kemahiran Mara (IKM) Lumut, tular sejak Ahad lalu.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers