Isnin, 28 Mei 2018

Lelaki ditahan dengan barang kawalan

SHARE
TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki tempatan selepas didapati melanggar syarat lesen borong barangan bersubsidi di perairan di sini semalam.

Suspek ditahan ketika dalam perjalanan dari jeti Logpon, Tanjung Batu, untuk menghantar 300 kotak minyak masak bersubsidi ke Kuala Sungai Aji Kuning tanpa kebenaran pada jam 10.10 pagi.

Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Hazani Ghazali, dalam satu kenyataan di sini, berkata bahan terkawal itu dipercayai cuba diseludup keluar untuk dipasarkan di negara jiran Indonesia.



"Suspek yang berumur 27 tahun ditahan oleh sepasukan anggota polis marin yang sedang melakukan rondaan Op Gelora di perairan berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut mendapati lesen borong yang dikeluarkan mengikut peraturan-peraturan kawalan bekalan 1974 adalah didaftarkan atas nama syarikat Sri Diamond, di Kampung Sungai Tongkang.

"Suspek didapati telah menyalahgunakan kemudahan itu dan melanggar syarat lesen dengan menghantar 300 kotak minyak masak dianggarkan bernilai lebih RM12,450 ke Kuala Sungai Aji Kuning tanpa kebenaran.


Anggota Pasukan Polis Marin (PPM) menahan seorang lelaki tempatan selepas didapati melanggar syarat lesen borong barangan bersubsidi dengan menghantar 300 kotak Minyak Masak bersubsidi ke Kuala Sg. Aji Kuning, di Tawau. - Foto ihsan PPM Tawau.
"Turut dirampas sebuah bot kayu jenis jongkong bersama seunit enjin sangkut Yamaha 85hp (kuasa kuda)," katanya.

Beliau berkata, suspek dan semua barang rampasan kemudiannya telah dibawa ke pangkalan polis marin daerah untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan bekalan 1961.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers