Thursday, 17 May 2018

Macam Perompak Dapat Peti Harta Karun

SHARE
Mereka jadikan bekas pemimpin Melayu terbaik sebagai penjenayah agar saki baki tentera lemah untuk bangkit membina semangat juang yang pasti mampu menggugat kedudukan kerajaan yang baharu dibentuk.

Ibarat perompak dapat harta karun yang tidak pernah merasa penat lelah untuk menggali segala hasil yang kini dimiliki.

Kini mereka sepak kepala orang yang pernah menghasilkan apa yang ada sekarang dengan menggunakan undang-undang yang belum pasti berpihak kepada yang ditindas kerana setiap kuasa akan ada kuasa penentu.

Tidak hairanlah jika barang yang dirampas itu selipar buruk tetapi mereka akan menguatkan dan menyakinkan orang yang bertanya, bahawa selipar yang dirampas itu adalah bukti penyelewengan yang dilakukan oleh kepala yang dimuliakan dahulu.

Bangkitlah saki baki tentera, ungkitlah apa yang dijanjikan mereka kerana janji wajib ditunaikan.
Kini mereka masih kuat, ibarat rumah yang baharu di bina, namun sekiranya ramai bersedia jadi anai-anai lambat laun rumah itu akan tumbang juga.

Mereka kini mahu membuktikan tuduhan perompak, penyamun, penyangat, pencuri, yang pernah di persepsi itu bukan satu persepsi politik sebaliknya kebenaran yang benar-benar berlaku.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers