Jumaat, 18 Mei 2018

Mahathir Bohong Ekonomi Tidak Bagus Zaman Najib

SHARE
Saya agak terkejut dengan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohammad, Perdana Menteri Malaysia selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat PPBM semalam. Tun Mahathir telah mengeluarkan satu kenyataan yang cukup tidak bertanggungjawab dengan mengatakan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi tahunan negara yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini adalah palsu termasuk beberapa angka ekonomi lain.

Sebagai salah seorang yang bertanggungjawab menerangkan tentang Dasar Ekonomi Negara sebelum ini, selaku Bekas Pengarah Komunikasi MOF, saya telah mengambil inisiatif untuk menghubungi Ketua Perangkawan Negara, Dato’ Sri Dr Uzir bin Tengku Dato' Ubaidillah bagi mendapatkan pengesahan data-data yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia, sekiranya benar sepertimana tuduhan Tun bahawa ianya telah dipalsukan. Ini disebabkan, segala data-data yang telah dikeluarkan berhubung soal Keluaran Dalam Negara Kasar datangnya dari hasil bancian dan dapatan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Walaupun Ketua Perangkawan kini bukan lagi berkhidmat dibawah Kerajaan Barisan Nasional, beliau secara jujur telah menegaskan bahawa angka Pertumbuhan Ekonomi Negara telah disusun berdasarkan rangkakerja “International Best Practice” dan menepati piawaian antarabangsa. Pengiraannya dilakukan secara professional dan dengan intergriti yang sangat tinggi.

Tun seharusnya berlapang dada dan menerima hakikat bahawa Tun mewarisi Kerajaan yang mempunyai ekonomi yang kukuh hasil pentadbiran baik Dato Sri Najib Razak. Sungguhpun rakyat kini sedar bahawa penipuan Tun selama ini bahawa Negara ini menuju kearah kebankrapan adalah tidak benar, adalah sangat tidak bertanggungjawab sekiranya Tun menafikan KDNK Malaysia tahun lalu 5.9% adalah antara yang tertinggi didunia.

Dalam masa yang sama, Tun juga perlu menjelaskan kepada rakyat bahawa tuduhan bahawa negara ini terbeban dengan kadar hutang yang tinggi adalah tidak benar sama sekali. Kadar hutang Malaysia bagi tahun 2017 sebanyak 50.8% berbanding KDNK adalah sihat berbanding kadar hutang zaman Tun memerintah tahun 1986 iaitu 103.4% berbanding KDNK. Saya sedar Tun kini tertekan kerana apa yang Tun fitnah terhadap ekonomi Negara sebelum ini akhirnya dinafikan oleh Gabenor Bank Negara dan Tan Sri Zeti yang mengumumkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik dan rezab Bank Negara berada pada tahap tertinggi iaitu RM 438 Billion.

Pada pandangan saya, Tun sepatutnya menumpukan perhatian menunaikan janji-janji yang telah dibuat sebelum pilihanraya umum ke 14 daripada mengalih perhatian rakyat kepada sandiwara memikul bag-bag yang kononnya berisi duit yang dimiliki oleh Dato Sri Najib dan barang kemas serta beg yang kononnya dimilik isteri beliau. Sebagai cucu kepada Jutawan Melayu, Tan Sri Noah, tidak mustahil jika cucunya kaya raya.

Tapi Tun kena ingat, esok lusa jika DAP sudah tidak mahu mengunakan Tun yang hanya punyai 12 kerusi Parlimen, satu negara akan tonton keluarga Tun diaibkan pula. Berapa beg dan berapa trak pula agaknya yang bakal digunakan untuk angkut duit, barang kemas serta kereta-kereta mewah milik anak-anak Tun. Masa tu baru rakyat akan bertanya macamana anak seorang Perdana Menteri yang datuknya hanya seorang guru, mampu memiliki harta yang berbillion ringit nilainya.

#prayfornajibrazak #mogaAllahselamatkanMalaysia #hentikankezalimanregimmahathirdap #manusiamestipegangpadajanji

KENYATAAN MEDIA LOKMAN ADAM
BERHUBUNG TUDUHAN ANGKA EKONOMI PALSU DAN RAMPASAN ASET DI PAVILION CONDO
18hb Mei, 2018
2.46 am

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers