Jumaat, 18 Mei 2018

Mahathir Tidak Setuju Atau Larang Undang-Undang Tetap Sah

SHARE
Mahathir kata dia tidak setuju tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang mengkritik beliau namun begitu rakyat faham tidak setuju dengan larangan adalah jauh berbeza maknanya.

Ini bermakna Mahathir tidak melarang pihak berkuasa untuk menahan mana-mana individu yang mengkritiknya secara melampau.
Walaupun undang-undang berkaitan yang sedia ada akan dikaji setelah parlimen bersidang tidak bermakna undang-undang itu akan dihapuskan.

Rakyat Malaysia juga harus faham undang-undang juga tidak terhalang oleh larangan yang dibuat oleh mana-mana pihak termasuk pemimpin, kerana undang-undang yang ada untuk membenteras berkaitan fitnah, berita palsu dan sebagainya tetap sah selagi tidak di mansuhkan.

"Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak bersetuju tindakan diambil ke atas mana-mana individu yang mengkritiknya.(https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/427294/dr-m-tak-setuju-tindakan-ke-atas-pengkritik)

"Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila Parlimen bersidang kelak," katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

Beliau memuat naik catatan berkenaan dengan pautan kepada laporan media berhubung penangkapan seorang lelaki di Langkawi berhubung kenyataan penghinaan yang keterlaluan di laman Facebook terhadap perdana menteri dan agama Islam.

Menurut laman Facebook Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi, yang merupakan sumber berita berkenaan, penahanan suspek dibuat susulan laporan polis dibuat beberapa wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Catatan itu menyebut suspek direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut. - BERNAMA"

Oleh itu tidak setuju atau melarang tidak dapat menghalang mana-mana pihak berkuasa menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan selagi undang-undang berkaitan tidak dimansuhkan-

Tidak setuju Mahathir seperti tidak mahu dikatakan kerajaan yang diketuai beliau hari ini menzalami rakyat.

Suara Biru
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers