Selasa, 8 Mei 2018

Mahkamah Tolak Halang Shafie Apdal Bertanding

SHARE
KOTA KINABALU, 8 Mei: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman untuk menghalang Presiden Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok.

Hakim Azhahari Kamal Ramli membuat keputusan itu berhubung permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan pada 17 April oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Datuk Mohd Ainal Abdul Fattah, 68.

Mohd Ainal menamakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden pertama dan Mohd Shafie responden kedua.

Hakim mendengar hujah peguam daripada kedua-dua pihak semalam dan menetapkan hari ini untuk keputusan.

Mohd Shafie mempertahankan kerusi Parlimen Semporna serta turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang pada PRU14 ini dan esok merupakan hari pengundian.– Bernama

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers