Monday, 28 May 2018

Mohon Kerajaan Baharu Beri Bonus Raya Kepada Peneroka Felda

SHARE

GEMAS - Anak peneroka memohon kerajaan baharu mempertimbangkan memberikan bonus raya kepada peneroka Felda terdiri daripada ibu atau bapa mereka seperti tahun-tahun sebelumnya.

Aktivis Generasi Kedua Felda merangkap Belia Felda Jelai 4, Mohamad Hafiz Md Ngisum berkata, peneroka adalah antara penyumbang besar ekonomi negara melalui pengeluaran hasil seperti getah dan sawit.

“Bagaimanapun, harga sawit dan getah yang sangat rendah menyukarkan peneroka menampung kos sara hidup semakin meningkat. Belia Felda terutamanya Felda Jelai 4 merayu supaya ibu bapa kami mendapat bantuan khas insentif hari raya beberapa hari lagi.

“Kami yakin pihak kepimpinan tertinggi negara pada masa ini mempunyai pelan perancangan yang terbaik untuk masyarakat Felda,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Hafiz berkata, generasi kedua berkeyakinan tinggi terhadap kepimpinan dilantik itu dapat mewarnai landskap politik tanah air dengan bijaksana dan menjadi pembela kepada rakyat.

“Desas-desus bertiup kencang mengatakan bahawa Datuk Seri Azmin Ali akan memegang portfolio sebagai menteri yang akan menjaga kebajikan warga Felda. Jika ini berlaku pastinya peneroka gembira kerana diterajui menteri berkaliber berdasarkan kecekapan beliau memimpin Selangor sebelum ini.

“Hakikatnya walau siapa pun yang dilantik, warga Felda amat menaruh harapan supaya organisasi Felda terus unggul dan kembali pulih seperti sediakala serta bebas daripada anasir yang boleh merugikan warga Felda selain kerajaan dapat buat pengumuman bonus raya,” katanya.

Menurutnya, warga generasi anak peneroka dan belia Felda berharap supaya Pengerusi Felda yang bakal dilantik adalah golongan profesional berdasarkan kepakaran mentadbir organisasi dengan amanah dan cekap serta mampu mengembalikan kepercayaan warga Felda terhadap kepimpinan negara.

“Adalah lebih baik jika tonggak kepimpinan Felda adalah anak jati peneroka Felda sendiri kerana merekalah golongan yang pernah merasai perit jerih kesusahan sebagai anak peneroka Felda.

Sinar Harian difahamkan, terdapat seramai 112,635 peneroka Felda di seluruh negara sejak ditubuhkan pada 1 Julai 1956.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/generasi-kedua-rayu-bonus-felda-1.839670

- Inilah yang dikatakan PENEROKA MEMILIH PADAN MUKA PADA PRU14

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers