Thursday, 24 May 2018

Najib akan disoal siasat buat kali kedua hari ini

SHARE
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dikehendaki hadir buat kali kedua di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes SRC International Sdn. Bhd.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Seri Azam Baki berkata, Najib perlu dirakam keterangan berhubung perkara itu.

Selasa lepas, Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan hadir buat kali pertama di ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan mengenai isu berkenaan.

SRC International Sdn. Bhd. ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan Isnin lalu mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Siasatan 1MDB untuk menjalankan siasatan terperinci, pengesanan dan penyitaan aset serta pendakwaan terhadap individu yang melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam pengurusan 1MDB. – 24 Mei 2018.

https://sokmo.net/2018/05/24/najib-akan-disoal-siasat-buat-kali-kedua-hari-ini/
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers