Thursday, 24 May 2018

Najib belum selesai beri keterangan

SHARE
PUTRAJAYA: Selepas dua jam berlalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak belum selesai memberi keterangan berhubung siasatan siasatan kes SRC International Sdn Bhd, iaitu anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM) kira-kira jam 9.45 pagi tadi.

Tinjauan NSTP di lobi bangunan Ibu Pejabat SPRM mendapati, lebih 100 pengamal media daripada pelbagai agensi tempatan dan asing sedang berehat di sekitar lobi bangunan sementara menunggu perkembangan siasatan kes berkenaan.

Terdahulu Najib tiba dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire Putih menggunakan nombor pendaftaran QMN11.

Najib dilihat berpakaian kemeja putih dan mengenakan kot berwarna hitam serta berseluar slack kelabu.

Bekas Perdana Menteri itu turut diiringi dua buah kenderaan lain termasuk dua anggota polis pengiring.

Selasa lalu, Najib hadir kali pertama ke sini dan meluangkan masa hampir lima jam bagi memberi keterangan kepada SPRM berhubung siasatan kes SRC International.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers