Ahad, 20 Mei 2018

Najib Nafi Minta Diletakkan di Bawah Skim Perlindungan Saksi

SHARE
KUALA LUMPUR, 20 Mei : Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menafikan meminta diletakkan di bawah skim perlindungan saksi sebagaimana dilaporkan media.
“Sebaliknya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah membuat laporan polis untuk memohon perlindungan polis bagi dirinya dan keluarga kerana bimbang akan keselamatan mereka selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum ke-14,” demikian kata jurucakap Najib dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan dua perenggan itu merujuk laporan akhbar tempatan hari ini yang memetik satu laporan polis yang dibuat Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul petang semalam, yang mendakwa nyawa beliau dan keluarganya terancam.

Akhbar tempatan yang memetik laporan eksklusif Malay Mail itu menyatakan bahawa bekas perdana menteri itu memohon diletakkan di bawah program perlindungan saksi berhubung siasatan skandal berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – BERNAMA

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers