Monday, 21 May 2018

Nurul Izzah jamin tunai janji bawa Radiohead ke Malaysia

SHARE
PETALING JAYA, 21 Mei — Nurul Izzah Anwar memberi jaminan untuk menunaikan janji membawa kumpulan muzik UK Radiohead ke Malaysia.

Naib presiden PKR itu berkata dia memang berhasrat menunaikannya.

“Sememangnya. Janji tetap janji #PostRamadanDiscussion. Sekarang mulai bekerja!” katanya di Twitter pada Sabtu lalu

Wakil rakyat Permatang Pauh itu berkata demikian menjawab pertanyaan seorang pengguna Twitter @AlepWilcox.

Pengguna itu mengingatkan janji anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membawa kumpulan terkenal itu jika menang pilihan raya umum.

Nurul Izzah membuat janji itu dalam wawancara bersama majalah Esquire pada pertengahan 2013.

“Jika kami menang Putrajaya, saya akan bawa Radiohead ke Malaysia,” katanya, juga pengemar kumpulan tersebut.

Sekitar sejam kemudian, beliau memuat naik gambar bersama album ketiga kumpulan “Ok Computer” yang menang anugerah antarabangsa.

-Malay Mail
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers