Sunday, 13 May 2018

PAS Tuntut Janji Royalty, Rakyat Tunggu Harga Petrol Murah

SHARE

PAS mula menuntut janji PAKATAN HARAPAN semasa berkempen musim PRU-14 yang baru selesai beberapa lalu.

Sementara itu orang ramai terutamanya pengguna FACEBOOK bermain kata-kata sinis berkaitan harga petrol yang dijanji akan di jual dengan harga RM1.50 sen.

Tak kurang juga tuntut janji 100 hari yang mahu dilaksanakan oleh PH yang terkandung dalam manifesto kerajaan baharu.

PAS bangkit bersuara supaya PH dapat memenuhi janji manifesto untuk memberi royalty minyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak termasuk Kelantan dan Terengganu yang mana dua negeri ini di perintah PAS.

Banyak lagi kerajaan PH akan hadapi tekanan rakyat dek kerana janji menjurus kearah semua percuma.

Kita percaya kerajaan PH juga tidak akan memberi kebebasan bersuara sepenuhnya kepada rakyat manakala akta anti berita tidak benar tidak akan dihapuskan.

Hapuskan GST, Kaji semula semua monopoli termasuk Bernas dan Astro, Wujud persaingan sihat untuk pastikan harga ubat-ubatan berpatutan, Kurangkan duti eksais bagi pembelian kereta pertama bawah 1600cc, Hapuskan kutipan tol secara berperingkat, Bank Negara diminta rangka strategi pulihkan ringgit, BR1M diteruskan tanpa penglibatan politik, 20% royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak.

Manifesto PH juga telah menyenaraikan 10 akta dan peruntukan undang-undang yang akan dimansuhkan.

Lima akta yang akan dimansuhkan adalah Akta Hasutan 1948;Akta Pencegahan Jenayah 1959;Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971;Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dan; hukuman gantung mandatori dalam semua akta di negara ini turut dimansuhkan.

Selain itu lima lagi akta turut akan dipinda beberapa peruntukan yang terdapat di dalam Akta Kanun Keseksaan 1977;Akta Komunikasi dan Multimedia;Akta Kesalahan keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (Sosma);Akta Perhimpunan Aman 2012 dan; Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).

Rakyat sedang menunggu tawaran menarik yang dibuat PH melalui manifesto di tunaikan satu persatu.

Rakyat akan tekan dari masa kesemasa melalui pelbagai cara termasuk adakan perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers