Monday, 7 May 2018

Peguam cuba batal permohonan waran tangkap - Wan Ismail

SHARE
KOTA BHARU: Calon PAS Parlimen Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, berkata pihaknya akan memohon Mahkamah Syariah membatalkan permohonan waran tangkap yang dikeluarkan bekas isterinya berhubung kegagalan membayar nafkah dua anaknya.

Wan Ismail berkata, peguamnya sudah membuat semakan di mahkamah dan waran terbabit masih belum dikeluarkan, sebaliknya hanya diluluskan selepas menerima permohonan daripada bekas isterinya, Siti Aisyah Abdullah.

"Malah, hari ini peguam saya ke mahkamah untuk membatalkan permohonan berkenaan kerana apa yang didakwa bekas isteri terhadap saya tidak benar.

"Saya mempunyai bukti kukuh dan resit bahawa duit nafkah dua anak saya sudah dimasukkan ke akaun Public Bank dan sehingga kini sudah berjumlah RM78,119," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Pada masa sama, Wan Ismail mencabar Siti Aisyah supaya mengemukakan bukti mengatakan mahkamah memerintahkan beliau membayar nafkah berkenaan kepada dua anak mereka menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN).

"Sejak dulu saya belum menerima sebarang keputusan mahkamah secara bertulis berhubung kemasukan wang nafkah anak, namun hari ini dia (Siti Aisyah) mempersoalkan perkara itu.

"Jika benar dia (Siti Aisyah) tidak boleh mengeluarkan wang dalam akaun Public Bank anak, dia sepatutnya membuat surat atau apa saja bagi membolehkan wang berkenaan dikeluarkan.

"Sehingga kini jumlah wang dalam kedua-dua akaun masih belum terusik," katanya yang menyifatkan isu peribadinya dibangkitkan bagi menjatuhkan karier politiknya sebagai calon.

Dua anaknya itu yang kini berusia 13 dan 12 tahun, hasil pernikahan dengan seorang wanita Kemboja, Siti Aishah Chou Abdullah.

Tuntutan saman penghutang penghakiman itu dikemukakan Siti Aishah pada 4 Januari lalu, melalui peguamnya, Rosmah Mohd Zain bagi memohon Wan Ismail menjelaskan tunggakan dari Julai 2011 hingga Disember 2017.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers