Ahad, 27 Mei 2018

Pelajar Maut Dijerut

SHARE
Seorang pelajar perempuan Kolej Vokasional Port Dickson ditemui mati dengan kesan jerut di leher di tepi jalan di Taman PD Permata di sini semalam, 24 Mei

Pada kejadian jam 10.30 malam itu, mayat Nur Alya Damia Hairi, 19, yang juga merupakan penuntut tahun akhir jurusan Diploma Sistem Komputer dan Rangkaian itu ditemui oleh orang awam yang kemudiannya memaklumkan kejadian ini kepada pihak berkuasa.

Saksi kejadian Izwan Mustaffa, 31, berkata dia menemui mayat ketika mahu membuang sampah di hadapan rumahnya.

Timbalan Ketua Polis daerah, DSP Mohd. Faisal Mohd. Noor berkata, mangsa dipercayai dibunuh selepas pemeriksaan awal mendapati kesan jerut di lehernya

“Siasatan terperinci masih dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk dibedah siasat,” katanya seperti yang dilaporkan akhbar Utusan.

Menurut rakan serumah mangsa, Ain, 19, mangsa dikatakan ingin menemui bekas teman lelakinya yang juga pelajar kolej yang sama, kira-kira pukul 9 malam.

“Arwah sempat memaklumkan kepada kami yang dia ingin berjumpa bekas teman lelakinya tidak jauh dari kawasan kejadian,” katanya.


Walau bagaimanapun, Ain memaklumkan tidak lama selepas itu dia menghubungi bekas teman lelaki mangsa yang mendakwa tidak bertemu dengan mangsa.

“Bimbang dengan keselamatannya, saya dan rakan-rakan keluar mencari mangsa dan terserempak dengan anggota polis dan dan orang ramai yang menemukan mayatnya,” katanya lagi.

Susulan penemuan mayat Nur Alya Damia, polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai merupakan bekas teman lelaki mangsa

"Siasatan awal menunjukkan mangsa dibunuh di dalam kereta dipercayai milik pelajar lelaki berkenaan sebelum mayatnya dicampak keluar," ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson itu.

“Berlaku perselisihan faham di dalam kereta sehingga mangsa dicekik oleh suspek selama beberapa minit yang menyebabkan kematiannya,” tambahnya lagi.

Sementara itu, rakan sekelas mangsa, Syarifah Noor Shahira Sheikh Mohd. Zain, 19, berkata mangsa tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap sebelum kejadian.

Menurutnya lagi, mangsa disifatkan sebagai seorang yang periang dan mudah terhibur selain turut merupakan seorang pelajar pintar di sekolahnya.

"Dia seorang yang sangat periang dan mudah mesra. Kami tidak pernah mendengar yang dia mempunyai masalah," katanya ketika ditemui Kosmo.


Bapa mangsa, Hairi Jamil, 45, ketika dihubungi Berita Harian berkata, dia dan isteri Hanayati Yaakob, 44, reda dengan ketentuan ini

Cbd2Image via Berita Harian
"Sepatutnya petang ini dia balik ke Klang lepas habis kuliah. Tak sangka kami menjemputnya dalam keadaan macam ini," kata Hairi.

Hairi berkata, dia sekeluarga pasti merindui Nur Alya yang mesra dengan panggilan Kak Long kerana arwah seorang anak yang baik dan periang.

Sementara itu, tinjauan NSTP di bilik mayat HPD mendapati ramai ahli keluarga dan rakan kolej arwah menunggu proses bedah siasat selesai sebelum jenazah dibawa pulang dan dikebumikan di Pandamaran petang tadi.-http://says.com/my/seismik/kerana-salah-faham-pelajar-perempuan-19-tahun-maut-dibunuh-teman-lelaki-di-port-dickson
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers