Isnin, 28 Mei 2018

Pembantu kedai maut dilanggar kereta

SHARE
KOTA BHARU: Seorang pembantu kedai maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan kereta di Jalan Salor, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Muhammad Suhaiman Mohd Shamsudin, 21, maut di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik, berkata ketika kejadian mangsa menunggang motosikal Honda EX5 dari Kota Bharu menghala ke Pasir Mas.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian mangsa dikatakan cuba memotong sebuah kereta Honda hitam sebelum hilang kawalan dan bergesel dengan cermin sisi kenderaan itu.

"Akibatnya, mangsa terjatuh di kanan jalan dan dilanggar kereta Suzuki Swift yang datang dari arah bertentangan.

"Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers