Rabu, 23 Mei 2018

Pemilihan UMNO: Semua jawatan dipertandingkan

SHARE
KUALA LUMPUR, 23 Mei: Semua jawatan tertinggi dalam UMNO termasuk presiden dan timbalan presiden akan dipertandingkan pada pemilihan parti itu, Jun ini.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan untuk membuka semua jawatan dalam parti dipertandingkan dicapai selepas Majlis Tertinggi UMNO sebulat suara bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Semua jawatan yang ada adalah terbuka dan bebas dipertandingkan termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden serta ketua pergerakan sayap…bebas ditandingi mengikut kelayakan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO.

“Jadi tidak timbul soal tidak ada pertandingan dalam UMNO,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di sini semalam.

Beliau berkata keputusan tersebut dibuat secara berlapang dada demi memastikan UMNO dapat dipulihkan terutamanya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti berkenaan.

“Saya dan Hisham (Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) berlapang dada dan terbuka mahu jawatan ini ditandingi,” kata beliau.

Beliau berkata mana-mana calon yang berminat hanya perlu mengisi borang secara dalam talian, dan layak bertanding sama ada di peringkat cawangan mahupun bahagian.

Katanya pemilihan di peringkat cawangan diadakan dari 10 Mei hingga 19 Jun, pemilihan ketua sayap (23 Jun), manakala pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada 30 Jun.–Bernama

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers