Khamis, 24 Mei 2018

Pendapatan TDM cecah RM448.8 juta keuntungan lonjak kepada RM52.3 juta

SHARE
KUALA TERENGGANU 24 Mei - Kumpulan TDM Berhad (TDM) mencatatkan peningkatan pendapatan 4.7 peratus kepada RM448.8 juta bagi kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu berbanding RM428.5 juta tahun 2016.

Seiring dengan perkembangan positif itu, keuntungan sebelum cukai bagi syarikat milik kerajaan negeri itu pula melonjak 49.0 peratus iaitu daripada RM35.1 juta pada 2016 kepada RM52.3 juta.


Pengerusi TDM Berhad, Datuk Wan Wan Nawawi Wan Ismail berkata, peningkatan produk minyak sawit mentah selain harga jualan isirong lebih tinggi menjadi pendorong kepada peningkatan prestasi kewangan syarikat.

Berikutan itu, jelas beliau, TDM akan membayar dividen 0.5 sen bagi setiap saham biasa membabitkan anggaran berjumlah RM8.3 juta.

“Bayaran ini selari dengan polisi dividen TDM iaitu jumlah dividen bersamaan 36 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti.

“Secara keseluruhannya peningkatan pendapatan TDM memuaskan dan kita di landasan yang baik untuk capai sasaran seperti yang dirancang untuk beberapa tahun akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-53 TDM Berhad di Hotel Primula di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Mohamat Muda; Ketua Pegawai Operasi, Ahmad Zaki dan Ketua Pegawai Kewangan, Amir Mohd. Hafiz.

Wan Nawawi seterusnya berkata, Kumpulan TDM juga mencatatkan peningkatan 7.9 peratus di sektor perladangan daripada RM245.9 juta tahun 2016 kepada RM265.3 juta tahun lalu.

Malah katanya, keuntungan sebelum cukai sektor perladangan juga meningkat daripada RM27.7 juta kepada RM56.4 juta dan peningkatan itu didorong pertambahan pengeluaran

dan harga jualan sawit yang lebih tinggi.

Menurutnya, sektor kesihatan pula mencatatkan peningkatan pendapatan 1 peratus kepada RM183.4 juta daripada RM182.7 juta berdasarkan jumlah pesakit yang dirawat di hospital-hospital milik syarikat berkenaan.

Syarikat di bawah naungan TDM Berhad iaitu Kumpulan Medic Iman (KMDI) kini mempunyai empat buah hospital dalam rangkaian perniagaannya iaitu Kuala Terengganu Specialist

Hospital (KTS), Kuantan Medical Centre (KMC), Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) dan Taman Desa Medical Centre (TDMC).

“KMDI bercadang untuk bekerjasama dengan PNB Commercial Sdn Bhd (PNBC) dalam usaha membangunkan sebuah hospital berkapasiti 100 buah katil di atas sebidang tanah

milik PNBC di Kuala Lumpur,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE


"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers