Monday, 28 May 2018

Peniaga online tak mengaku rompak remaja

SHARE
Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan merompak remaja dengan pisau dan pistol mainan, bulan lalu.

Tertuduh Mohd Khairul Azwan Abdullah, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi yang masih bebas didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap Alief Auzaee Athallan Arjunaidi, 19, dengan mengambil tiga telefon pintar dan satu beg tangan berisi gambar pasport.

Tertuduh melakukan kesalahan itu dengan menggunakan pisau dan pistol mainan di sebuah rumah di Taman Sri Delasa, Pasir Puteh pada jam 3 petang, 11 April lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hajarul Falenna Abu Bakar tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh berikutan kesalahan serius kerana tertuduh menyamar sebagai pegawai perubatan sebelum merompak mangsa.

"Pihak pendakwaan khuatir tertuduh tidak hadir ke mahkamah untuk perbicaraan.

"Bagaimanapun sekiranya dibenarkan, saya mohon jaminan tinggi berserta syarat tambahan iaitu penjamin dalam kalangan ahli keluarga dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran," katanya.

Bagaimanapun peguam Siti Syaerah Meor Zulkefli memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya adalah penanggung tunggal keluarga yang perlu menyara ibu, isteri dan dua anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers