Rabu, 23 Mei 2018

Pil Kuda 6 Lelaki Ditahan

SHARE
Hiasan
KOTA BHARU - Enam lelaki ditahan dalam sebuah bangsal di Kampung Tini, Pasir Hor, selepas dipercayai mengedar 600 pil kuda.

Suspek berusia antara 22 dan 38 tahun ditahan dalam Ops Tapis Narkotik oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada jam 5.10 pagi, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, intipan yang dilakukan pasukan polis mendapati ada lima lelaki yang berkumpul di bangsal tepi sebuah rumah dan apabila dihampiri serta memperkenalkan diri sebagai polis, mereka cuba melarikan diri.

“Tindakan pantas anggota, bagaimanapun berjaya menahan kesemua mereka. Pemeriksaan terhadap seorang daripada lima lelaki itu menjumpai penyedut minuman berisi serbuk dipercayai dadah pil kuda. Seorang lagi bersembunyi di dalam sebuah bilik di rumah berkenaan turut di tahan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati satu beg galas yang berada di atas tanah, mengandungi tiga paket plastik biru keseluruhannya ada 600 pil kuda dengan anggaran berat kasar 60.1 gram,” katanya pada sidang media petang semalam.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers