Sunday, 27 May 2018

PM: Malaysia kaji pampasan rendah jika projek kereta api laju batal

SHARE
KUALA LUMPUR, 26 Mei ― Kerajaan akan berusaha mengurangkan jumlah bayaran kepada Singapura jika projek keretapi laju Kuala Lumpur-Singapura dibatalkan, kata perdana menteri.

Projek sejauh 350km di antara Malaysia dan Singapura itu dimeterai semasa pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2016.

Bagaimanapun pentadbiran kerajaan yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad kini akan mengkaji projek berkenaan termasuk projek mega lain.

“Terma dan perjanjian HRS menyebut jika kita mahu membatalkan projek, ia memerlukan kita membayar banyak wang.

“Kita sudah memeterai perjanjian dengan Singapura. Jika kita melanggar perjanjian, kita perlu membayar sejumlah wang yang besar,” kata Dr Mahathir kepada The Edge Weekly.

Pembinaan HSR yang dijadual bermula pada 2019 akan memendekkan masa perjalanan ke dua negara kepada 90 minit.

Sebanyak tujuh stesen dirancang menerusi projek itu iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri di Malaysia serta Jurong Timur di Singapura.-Projekmm
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers