Selasa, 8 Mei 2018

Rais kempen kritik GST di pentas pembangkang

SHARE
JELEBU, 8 Mei — Tidak mengendahkan amaran Umno, Tan Sri Rais Yatim berkempen di pentas pembangkang di sini malam tadi.

Berucap di hadapan 600 tetamu, Rais menghangatkan ceramahnya dengan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada penduduk setempat, lapor Kosmo!.

“Adakah tuan-tuan hendak dicukai GST? Kita bunyikan kuat-kuat di seluruh Jelebu. Rawat sakit gigi kena GST di klinik swasta.

“Saya berada di sini bukan kerana sebab ditendang daripada Umno tetapi nak beri penerangan kepada suku sakat saya di sini,” katanya dalam majlis yang turut dihadiri penyanyi Aishah.

Ahad lalu, setiausaha agung Umno berkata Rais berdepan tindakan parti jika beliau naik ke pentas pembangkang dan mengeluarkan kenyataan menghentam Umno.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata buat masa ini status veteran Umno itu masih belum diputuskan kerana difahamkan bekas menteri tersebut hanya mengkritik parti menerusi media sosial.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers