Thursday, 17 May 2018

Rumah Najib Diserbu Polis

SHARE
Pada 13 Mei 2018 beberapa portal melaporkan polis menafikan laporan beberapa portal berita yang mendakwa pasukan polis menyerbu sebuah apartment mewah di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur, berhubung pemindahan barangan mewah dipercayai milik isteri bekas perdana menteri.

"Pihak polis telah ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan rapi dengan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan bukannya melakukan serbuan."Laporan berita Reuters dan beberapa portal adalah palsu dan tidak benar,"katanya ketika dihubungi Bernama
Berita palsu yang tersebar itu belum ada kepastian sama ada ia dilapor kepada pihak polis untuk disiasat dibawah akta tertentu yang boleh disabitkan dengan hukaman denda atau penjara.

17 Mei 2018 12:07 AM-Utusan Malaysia dengan tajuk "Polis Serbu Rumah Najib"(https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/polis-serbu-rumah-najib-1.674286) melaporkan kira-kira 16 buah kereta bersama sebuah trak polis dilihat telah memasuki ke kawasan rumah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Utusan Malaysia juga melaporkan, sebelum itu Najib keluar dari rumahnya untuk menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru dan pulang kira-kira 7 minit sebelum pukul sepuluh.

Kira-kira pukul 10.16 malam polis pula hadir ke kediaman Najib, antara barangan yang dilihat dalam trak tersebut ialah kotak dengan logo polis yang tertera tulisan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK).

Kerajaan pimpinan Mahatir nampaknya melaksanakan janjinya untuk menyiasat Najib, namun belum ada satu janji melalui manifesto yang menguntungkan rakyat 100 peratus di laksanakan seperti harga minyak petrol RM1.50, manakala harga barangan keperluan harian rakyat masih mahal seperti ketika BN memerintah.

Dahulu sebelum kerajaan BN tumbang terdapat gelaran polis "Anjing" kerajaan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Orang UMNO berusaha menjelaskan seperti apa yang dijelaskan PDRM, bahawa PDRM mengamalkan dasar berkecuali dalam semua tindakan dan operasinya serta sama sekali tidak menyebelahi mana-mana parti politik ketika melaksanakan tanggungjawab.

Pada 2013 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin juga menegaskan dasar itu dipegang PDRM dalam menghadapi pilihan raya umum.
"Jadi janganlah bercakap kita ni 'anjing' kepada kerajaan atau bagai 'lembu dicucuk hidung' yang ikut sahaja telunjuk orang-orang tertentu dalam mencapai sesuatu hasrat. (http://www.sinarharian.com.my/nasional/bakri-jangan-kata-polis-anjing-kepada-kerajaan-1.135075)

Sekarang ini terbukti pihak polis bukan seperti yang dikatakan sebelum ini, manakala penyokong UMNO-BN diyakini tidak sesekali menyamakan polis dengan 'anjing'.

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers