Rabu, 23 Mei 2018

Sesak nafas, terkurung dua jam selepas keluar wang

SHARE
GOMBAK, 23 Mei — Seorang wanita sesak nafas apabila terperangkap dua jam di sebalik pintu sebuah bank di Taman Selayang Jaya di sini kelmarin.

Mangsa, yang tidak dinamakan, terkurung selepas pintu bank di Jalan SJ6 tertutup automatik selepas beliau mengeluarkan wang pada 12 tengah malam.

Sembilan anggota bomba Bandar Baru Selayang dan satu kenderaan unit kecemasan diarah ke lokasi selepas dihubungi keluarga mangsa, lapor Kosmo!

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati kedua-dua pintu itu telah terkunci dan tidak boleh dibuka,” kata jurucakap bomba.

Berjaya dikeluarkan jam 2 pagi, wanita itu kemudian dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers