Isnin, 28 Mei 2018

Siapa Rakyat Malaysia Tidak Terpelajar? Orang PH Atau BN...

SHARE
Kecerdikan rakyat Malaysia diperlekehkan Mahathir setelah mencadangkan dirinya memegang portfolio sebagai Menteri Pendidikan.

Apakah? Mahathir cuba memperkatakan usaha kerajaan sebelum Pakatan Harapan telah menghabiskan kos berbilion ringgit untuk meningkatkan tahap pendidikan namun rakyat masih tidak terpelajar.

Mungkin juga Mahathir cuba menyampaikan mesej tersembunyi yang sukar difahami, namun kalam bahasa tidak sukar untuk difahami bagi orang-orang berfikir.

Bagi mereka yang mengambil hujah secara mudah tidak mustahil akan mengatakan, oleh kerana tidak terpelajar ramai tertipu dengan janji-janji manifesto PH yang Mahathir sendiri kurang yakin akan dapat ditunaikan kesemuanya.

Sekiranya itu benar, penyokong PH pasti terasa kerana pemilih berdaftar pada PRU14 ramai tolak Barisan Nasional (BN), jadinya, penyokong BN tetap cerdik...har har har, jangan marah yerr...
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers