Khamis, 24 Mei 2018

SPRM ke Tabung Haji, siasat lanjut wakil rakyat Umno

SHARE
KUALA LUMPUR, 24 Mei — Badan antirasuah hari ini ke pejabat Lembaga Tabung Haji (TH) dalam siasatan terhadap Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Kelmarin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah tiga premis berkaitan bekas pengerusinya itu, termasuk di Baling, Kedah.

Abdul Azeez, seorang pemimpin Umno dan wakil rakyat Baling, bagaimanapun menjelaskan wang tunai RM500,000 yang dirampas bukan milik peribadinya.

Timbalan ketua pesuruhjaya operasi SPRM ketika ditemui media di luar Menara Tabung Haji di sini hari ini berkata pegawainya sudah menemui pegawai TH.

Datuk Seri Azam Baki bagaimanapun tidak mengulas lanjut tentang siasatan tersebut, termasuk jumlah pegawai yang terlibat dan tempoh siasatan
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers