Tuesday, 22 May 2018

Status kenaikan satu tangga gaji ditentu kerajaan baharu – KSN

SHARE
PUTRAJAYA, 22 Mei: Status berhubung kenaikan satu gaji tahunan (KGT) untuk penjawat awam Julai ini akan ditentukan oleh kerajaan baharu, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Mohd Ali Hamsa.

Beliau berkata pengumuman kenaikan gaji melibatkan 1.6 juta penjawat awam, yang sepatutnya berkuat kuasa 1 Julai depan, adalah janji kerajaan terdahulu.

Katanya kini terpulang kepada kerajaan baharu untuk meneruskan pelaksanaan KGT itu atau sebaliknya.

“KGT itu janji kerajaan terdahulu…sekarang kita serah kepada kerajaan baharu untuk tentukannya.

“Kita ikut manifesto kerajaan sekarang. Kabinet baharu juga akan mula mesyuarat pertama esok dan kerajaan akan tentukan hal itu kemudian,” katanya pada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Pengumuman kenaikan gaji itu dibuat Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu perdana menteri pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam Ke-16 (MAPPA XVI) 4 April lepas, yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam di Putrajaya.

Najib berkata pemberian kenaikan gaji itu bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, dengan ia akan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.46 bilion. — Bernama
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers