Monday, 21 May 2018

Tak Suka Sila Keluar UMNO

SHARE
KUALA LUMPUR, 20 Mei ― Tindakan ahli dan pemimpin Umno keluar parti ekoran kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu dialu-alukan demi membersihkan parti, kata Ketua Pemuda Umno.

Khairy Jamaluddin berkata Umno perlu dibina semula dan memerlukan ahli yang bersemangat “tulen, ikhlas serta berprinsip,” lapor Mingguan Malaysia.

“Yang mana hendak keluar sekarang, biarlah mereka keluar. Lebih baik kita ada proses pembersihan sekarang,” katanya dipetik.

“Yang rasa tidak ada tahan untuk bersama Umno dan BN, tidak ada pegangan politik dan prinsip, mereka boleh pergi.

“Sebab kita hanya dapat membina parti ini atas semangat yang tulen dan ikhlas, bukan penumpang.”
Ahli Parlimen Rembau itu berkata Umno tidak memerlukan pemimpin yang melompat atau mahu melompat dan menyokong Pakatan Harapan.

“Kita harap dapat kekalkan mereka semua dan sedaya upaya cuba kekalkan tetapi apa kita hendak buat kalau mereka suda buata keputusan begitu?
“Kita dapat nilai maruah mereka sebagai orang politik,” katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers