Tuesday, 8 May 2018

Tiga bulan bonus jika BN rampas Selangor, kata Noh

SHARE
TANJONG KARANG 8 Mei — Penjawat awam Selangor bakal diberi bonus tiga bulan gaji jika Barisan Nasional (BN) berjaya merampas negeri itu.

Pengerusi BN negeri berkata bonus berkenaan akan dimasukkan dalam Bajet 2019 jika impian itu menjadi kenyataan, lapor Utusan Malaysia.

“Kalau kerajaan negeri ketika ini yang banyak hutang dan boleh muflis gara-gara hutang air sahaja tapi masih boleh berjanji beri bonus tiga bulan, kita (BN) juga boleh.

“Malah kita ada kerajaan persekutuan untuk bantu dan janji kita lebih menyakinkan daripada mereka,” kata Tan Sri Noh Omar.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers