Ahad, 27 Mei 2018

TUJUH ketua cawangan UMNO Menyertai PH

SHARE
TUJUH ketua cawangan UMNO termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom di bawah Parlimen Ledang, Dr Abdul Razak Minhat membuat keputusan keluar dari parti itu untuk menyokong dan bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH), mulai hari ini.

Jurucakap kumpulan itu, Abd Hamid A Majid, berkata mereka sudah membuat ketetapan bersama untuk mengisytiharkan keluar dari UMNO kerana menyedari kehendak dan tekad rakyat Malaysia yang sepakat mahu menukar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada PH menjadi kenyataan.

Katanya, sebagai pendukung demokrasi mereka akur dan menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan menyatakan kesediaan untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada kerajaan yang baru sama ada kepimpinan dan dasar baru untuk merealisasikan Malaysia baharu yang lebih gemilang untuk rakyat seluruhnya.

“Kami sedar dan insaf bahawa tinggal setia menjadi pembangkang dengan menolak kerajaan pada hari ini bukan saja dilarang oleh agama, malah akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat.

“Ia akan mengakibatkan masyarakat yang kita pimpin akan tertinggal dalam arus pembangunan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Antara kami adalah peneraju kepimpinan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Badan Kebajikan Sekolah Agama, institusi masjid dan surau serta badan sukarela,” katanya dalam sidang media pengisytiharan keluar UMNO di Bukit Gambir, di sini.

Selain Abd Hamid yang juga Ketua Cawangan Kampung Sungai Jaya dan Abdul Razak yang juga Ketua Cawangan Simpang 4 Parit Jarum, lima lagi ialah Kapten (B) Mohd Yasir Mohed (Kampung Datuk Ngah); Saruni Bari (Kampung Seri Menanti); Abas Jais (Taman Sri Jaya); Miskam Mahmod (Kampung Sungai Rambai) dan Mastor Abd Rahman (Kampung Parit Ghani).

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/05/343436/kami-sedar-dan-insaf-metrotv

"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers