Rabu, 23 Mei 2018

Untung RM3,000 Sehari

SHARE
TANAH MERAH - Perniagaan ayam golek pada bulan Ramadan memberi keuntungan kepada golongan peniaga yang mampu meraih pulangan sehingga RM 3,000 sehari.

Norhazizan Ibrahim, 50, berkata, lebih 10 tahun berniaga ayam golek, walaupun harga ayam meningkat di pasaran, namun untuk seekor ayam golek dijual seperti biasa antara RM23 hingga RM28 mengikut saiz.

"Alhamdullilah dalam masa sehari, saya berjaya menjual 50 ekor ayam di Bazar Ramadan Tamam Barakah.

"Pelanggan akan mula ramai sekitar jam 6 petang dan mereka akan mendapatkan hidangan ayam golek sebagai juadah berbuka puasa," katanya.

Norhazizan berkata, jualan lebih meningkat pada bulan Raman berbanding ketika jualan di pasar malam, pada kebiasannya.

"Mungkin ini dikatakan rezeki bulan mulia, dan Alhamdullilah lebih 10 tahun menceburi perniagaan ini ia memberi pulangan yang baik.

"Walaupun kini ramai peniaga mula menjual pelbagai jenis lauk pauk dan ayam termasuk ayam pasu, ayam panggang dan sebagainya namun perniagaan ayan golek masih mendapat tempat dihati pelanggan," katanya.

Norhazizan berkata, kepada pelanggan yang ingin mencuba dapatkan ayam golek di gerainya boleh terus ke bazar Ramadan Taman Barakah dan singgah di gerai ayam golek Umi untuk dapatkan hidangan terbabit.

"Kami buka sekitar jam 3 petang hingga jam 7 petang, tetapi bergantung pada permintaan.

"Jika permintaan dan pelanggan ramai sekitar jam 6, ayam sudah mula habis dijual," katanya.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers