Thursday, 7 June 2018

Ambil tindakan terhadap komen melampau - Mahdzir

SHARE
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap pengguna media sosial yang tidak menghormati peranan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam proses pelantikan Peguam Negara.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata tindakan perlu dikenakan terhadap pengguna yang tidak menggunakan medium media sosial secara berhemah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Padang Terap berkata, kebebasan bersuara perlu seiring prinsip Rukun Negara dalam menjaga keharmonian sesebuah negara.

"Saya juga berpendapat bahawa kebebasan bersuara melalui pelbagai medium dan platform ketika ini sewajarnya dipraktikkan secara berhemah bersesuaian dengan salah satu prinsip Rukun Negara iaitu Kesopanan Dan Kesusilaan yang menjadi amalan kita bersama selama ini.

"Sebagai rakyat yang menyatakan taat dan setia kepada Raja serta Negara, kita perlu yakin dengan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja dalam setiap proses serta keputusan yang membabitkan kepentingan negara, seruan ini adalah bertepatan dengan prinsip Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Bagaimanapun, sebelum Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Thomas, isu berkenaan menjadi 'panas' dalam media sosial termasuk menimbulkan komen yang tidak sepatutnya.

Perlantikan terbabit dibuat selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan nama Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers