Saturday, 2 June 2018

Azmin!, Mana Janji Bonus Tiga Bulan?

SHARE
Menagih bonus tiga bulan yang dijanjikan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali seperti menunggu buah tidak gugur.

Sebelum PRU14 MB Selangor membayangkan memberi bonus lebih dari tiga bulan kepada penjawat awam negeri sekiranya Pakatan Harapan kekal memerintah Selangor.

Kini bukan sahaja Selangor malah persekutuan telah dikuasai PH selepas berjaya menang besar pada PRU14, namun janji bonus Azmin belum lagi nampak bayang.

Perlu diingatkan bahawa Azmin berjanji unuk memberi bonus tiga bulan kiranya Selangor kekal diperintah PH, ertinya tiga bulan bonus yang dijanjikan itu adalah bonus kerajaan negeri bukanya persekutuan.

Azmin pernah memaklumkan ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam,katanya “Bukanlah banyak sangat tiga bulan (bonus) itu, tak banyak sangat pun.

“Tapi itu adil dan lepas ini mungkin lebih tiga bulan (bonus akan diberikan) atas prinsip adil dan berdasarkan merit serta prestasi (penjawat awam).

Kini harapan penjawat awam negeri mula melihat Azmin hanya bijak memberi harapan agar janji sebelum PRU14 itu sebagai penentu kuasa beliau.
Penjawat awam mula merungut kerana macam-macam persediaan perlu dibuat untuk menyambut Aidilfitri dan pastinya banyak wang digunakan.

Azmin sedang bergembira dengan kemenangan manakala rakyat keseluruhan sedang menunggu dengan harapan baharu sesuai dengan kerajaan baharu.
Sayangnya, masing-masing sibuk dengan kerusi empok yang diduki atas anugerah undi rakyat sehingga lupa segala janji.

Kemana hilanya hasil negeri terkaya di Malaysia, mana hilangnya berbilion yang dibanggakan sebelum PH memerintah negara ini.

Penjawat awam negeri resah gelisah menunggu bonus yang dijanjikan. namun seperti menunggu buah yang entah gugur, entah tidak.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers