Sabtu, 2 Jun 2018

Banyak sebab Azlan tidak layak jadi MB, kata BN Perlis

SHARE
KUALA LUMPUR, 1 Jun — Barisan Nasional (BN) Perlis menjelaskan banyak sebab mengapa Datuk Seri Azlan Man harus ditolak sebagai menteri besar.

Setiausahanya Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail boleh memilih wakil rakyat lain untuk mentadbir negeri itu, lapor mStar Online.

“Kita sudah hantar surat kepada Raja memohon untuk menghadap supaya salah faham ini dapat diselesaikan.

“Kita cuma tidak mahu Azlan Man sahaja. Kenapa kita tidak mahu, kita akan terangkan kepada tuanku dari hati ke hati,” katanya.


Sembilan Adun BN memboikot istiadat mengangkat sumpah MB Perlis sebelum ini yang berlangsung di Istana Arau pada 24 Mei lalu.

Susulan itu, Tuanku Syed Sirajuddin murka kerana semua Adun berkenaan sudah mendapat surat jemputan dua hari sebelum acara berlangsung.

BN Perlis dilapor mahu menghantar senarai nama calon menteri besar dan menghadap Tuanku Syed Sirajuddin minggu depan.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 ulasan:

Google+ Followers