Friday, 22 June 2018

Barangan Dah Murah?, Ringgit Dah Meningkat?

SHARE
Roketkini.com pernah menyiarkan satu artikel bertajuk "Mengapa Kita Lawan BN, Najib" oleh Liew Chin Tong.

Menarik kiranya diulang kembali apa yang disiarkan, antaranya, "PRU ke-14 ini adalah rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama bersatu hati, berganding bahu melawan kerajaan Najib dan BN. Kita bangun menentang salah urus tadbir, keangkuhan kuasa dan kleptorasi kerana semua ini memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara".

Dah sebulan dah, kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang,' namun kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dijamin tidak akan berlaku salah urus tadbir, tidak berlaku keangkuhan kuasa dan kleptokrasi, mentadbir negara dengan Perdana Menteri baharu (Mahathir) tetapi indah khabar dari rupa malah untuk melunaskan janji 100 hari gagal secara total.

Takut rakyat bangun menentang dari akibat kegagalan menunaikan janji bulan dan bintang sebelum tubuh kerajaan golongan putar alam terpaksa mengadakan cerita kononya hutang negara tinggi demi menarik simpati rakyat.

Jangankan untuk menunaikan janji tuntup tol, malah untuk tol percuma dimusim perayaan juga tidak mampu dilaksanakan.

Pada kempen PRU14, penyerang BN meningkatkan serangan mereka terhadap Najib dan kerajaan BN, kononya bermula pada PRU13 masalah negara timbul, manakala pelaksanaan GST dan pengurangan subsidi secara berterusan telah menyebabkan harga barang meningkat.

Berapa ramai rakyat tertipu dengan dakyah itu?, memang ramai tertipu kalau tidak, mana mungkin kerajaan BN tumbang pada PRU14.

Setelah rakyat ada kerajaan baharu yang dipimpin Mahathir, harga barang tidak turun, malah subsidi belum menampakkan taburannya dan petrol yang diharap lebih rendah harganya daripada ketika BN memerintah juga rakyat yang tertipu.

Sebelum membentuk kerajaan, rata-rata penyokong PH yakin jika PH memerintah harga petrol mampu di jual dengan harga RM2 -RM1.80sen, namun apa yang berlaku sebaliknya.

Alasan harga petrol tidak boleh dijual dengan harga murah kerana minyak dunia meningkat adalah mengambil alasan yang di jelaskan sebelum tumbangnya BN.

Hentam Najib Razak dan BN tak ingat belakang depan, kononya zaman Najib PM kos sara hidup meningkat sedangkan gaji dan pendapatan kita masih di takok lama dan lain-lain lagi.

Nak tanya!... Tak salah tanya,' segala bil bulanan yang terpaksa ditanggung sudah berkurangan ke belum?. gaji dah naik berganda ke?. Semasa BN kerajaan diperhebohkan sehingga kelubang cacing kononya pendapatan boleh-guna rakyat terjejas dan sebagainya. Harap-harap pendapatan rakyat terutamanya penyokong dan pengundi logo PKR pada PRU14 telah meningkat 100% dan dedak melalui Bantuan Sara Hidup boleh di kuburkan.

Kejatuhan nilai ringgit semasa Najib perdana Menteri, kononya disebabkan banyak berlaku kecurian harta rakyat, ketirisan dan segala bagai. Kini adakah nilai ringgit telah meningkat lebih baik?, jawapanya ada dalam kepala hotak hang semua.

Menurut apa yang dilapor Berita Harian, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata nilai wajar ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kini adalah sama seperti kadar tambatan mata wang itu yang diperkenalkan pada 1998 iaitu ketika krisis kewangan Asia.

Ditanya ketika dalam satu temubual mengenai apakah nilai wajar ringgit, Mahathir berkata, "3.8". Kadar itu adalah 5.0 peratus lebih tinggi berbanding kadar tukaran berbanding dolar AS semasa, yang juga adalah kadar terendah pertengahan 2015 susulan kebimbangan isu China-AS yang melanda negara pasaran baru muncul.

Akhirnya terbukti nilai ringgit menyusut bukan kerana Najib perdana menteri ketika itu sebaliknya Mahathir sendiri mengakui berpunca kebimbangan isu China-AS yang melanda negara pasaran baru muncul.

Terima kasih kerana sanggup kena tipu.. kah kah kah.. akhirnya lebuh raya tanpa tol tidak akan wujud lagi..
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers