Saturday, 2 June 2018

Bila MCA Nak Berambus, Dah Lama UMNO Pikul Biawak Hidup

SHARE
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong patut tahu UMNO sudah lama memikul beban MCA seperti memikul biawak hidup.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 iaitu pada tahun 2008 telah berlakunya ‘Tsunami Politik Malaysia’ di mana berlaku perubahan kepada penguasaan kerajaan negeri kepada pihak pembangkang dengan memperoleh kemenangan di negeri Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Perak.

Seterusnya pada PRU-13 telah menunjukkan perubahan kepada pola pengundian pada kedua-dua pihak sehingga digelar ‘Tsunami Cina.

PRU13 bukti MCA telah lumpuh, namun demi ukhwah dalam Barisan Nasional UMNO sanggup memberikan jawatan dalam Kabinet kepada pemimpinnya.

Beberapa hari sebelum hari mengundi (PRU14) MCA begitu yakin kononya sokongan kaum Cina kepada BN 25 hingga 35 peratus.

Kita orang UMNO hanya tersenyum sinis, tapi tidak berkata apa-apa yang buruk sebaliknya menyokong walaupun tahu peratusan 25 hingga 35 itu adalah bohong. Setelah keputusan pilihan raya umum diketahui ia benar-benar bohong.

Kita orang UMNO juga masih ingat sokongan orang Cina kepada BN di negeri Sembilan pada PRU13 hanya 18 peratus, peratusan ini mungkin dilupai Wee Ka Siong, kerana syok dengan peratusan besar itu akhirnya apa dah jadi?.

Dalam wawancara bersama Sin Che Daily kelmarin, Ka Siong membayangkan BN tidak lagi seperti dulu dan MCA kini akan membuat keputusan sendiri.

Kita orang UMNO bawahan sudah lama berharap MCA berambus, namun pemimpin UMNO bukanlah seperti kita bawahan ini.

Sama ada MCA nak buat keputusan sendiri atau tidak, itu terpulang kepada MCA sendiri, kita juga tidak minta MCA memikul tanggungjawab atas kesalahan UMNO, walaupun UMNO selama ini menanggung MCA seperti pikul biawak hidup.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers