Wednesday, 6 June 2018

Dira mahu ketuai Puteri, Papagomo ingin pimpin Pemuda Umno

SHARE
KUALA LUMPUR, 6 Jun — Penulis blog Papagomo mahu bertanding jawatan exco Pemuda Umno bagi mengembalikan sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Dan aku mahu membantu KJ (Khairy Jamaluddin) dalam memastikan rakyat kembali menyokong Umno dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” kata Wan Muhammad Azri Wan Deris, 35, seperti dilapor mStar Online.

Beliau adalah ahli jawatankuasa Umno bahagian Wangsa Maju dari 2013 hingga 2018 dan presiden NGO Malaysia Bumiputra Brotherhood.

Exco Puteri Dira Abu Zahar pula mahu bertanding jawatan ketua Puteri pada pemilihan akan datang.

Nama sebenar Khaidirah, anak bekas ketua menteri Melaka itu bakal bersaing dengan naib ketua Puteri Datuk Zahida Zarik Khan, lapor Kosmo!.

“Saya memohon sokongan daripada sahabat-sahabat, kawan-kawan-kawan dan ahli Umno seluruh negara untuk sama-sama membangunkan semula parti dan meneruskan perjuangan orang Melayu menerusi Umno,” kata bekas pelakon.

Penyandang Datuk Mas Ermieyati Samsudin dijangka membuat keputusan sama ada mempertahan jawatan itu pada 10 Jun ini.
"---SHARE---" "---KONGSI---"

Author: verified_user

0 comments:

Google+ Followers